Sunday, July 24, 2011

HARI LAHIR KU

Semalam 23 Julai hari lahir aku...semakin pendek umurku...semalam juga aku teringat blog ini..dimana aku mulakan sebagai medium utk meluahkan sesuatu, tapi aku lupakannya..sibuk jugak la bila ada masa lapang..

Dari bulan Januari sampai bulan Julai baru 2 entri je boleh post..takpe lah aku bukan nak menulis sangat tapi aku terlupakan blog ni...

Perjalanan hidup penuh liku..aku mesti luahkan..untuk tatapan anak-anak ku..nanti

Sunday, January 23, 2011

JANUARI 2011

Awal tahun sangat mendebarkan hati...adakah aku dapat melalui tahun ini dengan pelbagai perkara yang akan menyesakkan nafas dan juga ada hal-hal yang akan melapangkan fikiran...haha semuanya akan bercampur gaul, jika tidak usahlah hidup dalam dunia ini..

Seperti dulu-dulu juga ada perancangan untuk tahun ini, sebahagian besarnya akan dihabiskan dengan program-program persekolahan dan pendidikan dan sebahagian lagi adalah untuk keluarga...segala program-program ini aku berharap sentiasa berlaku dalam bentuk ibadah kerana Allah..

Kalau aku lalui kehidupan ini setiap tahun dengan bermacam-macam perkara tanpa keikhlasan dan bersandarkan ingatan kerana Allah..sia-sialah segalanya..

Monday, October 18, 2010

LALUAN KEHIDUPAN

Seiringan dengan hari-hari berlalu, menambah lagi usia diriku bermakna semakin singkat umurku. Aku dapat merasakan heningnya laluan kehidupan ini, pantasnya masa berlalu tak terasa melalui jalan berliku.

Jalan singkat ini dapatkah mungkin aku lalui untuk sampai ke hujung jalan dengan bekalan penuh keimanan untukku hidup di alam kekal abadi.

Rintangan hari-hari berlalu diharungi tanpa lelah dan keliru, inilah dugaan paling sukar terhadapku. Aku lebih rela memikul beban dengan jerih pilu, agar aku lebih dekat denganMu wahai Tuhanku.

Bergembiralah wahai hati yang dirundung sepi, sedih, sayu dan kosong...kerana tidak terisi dengan keriangan manis madu dunia dan nikmat maksiat.

Hati-hati yang tersergam indah mahligai dunia didalamnya, kembalilah ke awal jalan yang lalu, kembali untuk melangkah mengharungi laluan kehidupan penuh liku dan duri, kembali mengumpul rezeki dan iman sebagai bekalan serta teman sepanjang menempuhi alam penuh damai aman abadi.

Oh..jiwa penuh racun hempedu dunia, fikirkanlah keindahan syurga berdayangkan bidadari jelita membelaimu penuh cinta mesra. Fikirkan pula wahai jiwa kudusku, api menjulang menjalar menjilat tubuh hingga cair, jeritan penuh seksa kesakitan amat dasyat.

Kau fikirlah wahai akal dan jiwaku....berjihadlah bersungguh-sungguh melawan musuh dalam dirimu iaitu NAFSU.....

Monday, May 10, 2010

Kisah dulu-dulu

Masa budak-budak dulu, kawan ramai..kalau naik basikal penuh jalan. Semua jenis permainan yang kitaorang main mesti ramai. Main bola, gasing, mandi sungai, tangkap ikan dan macam-macam aktiviti lagi, tapi balik rumah mesti sebelum maghrib.

Hari cuti hujung minggu memang ditunggu-tunggu, bisanya permainan masa dulu ikut musim, kalau main getah, semua budak main getah, lepas tu tukar pulak main gasing atau lain-lain permainan. Best betul. Bagi aku dan kawan-kawan aktiviti memancing je yang tak bermusim, kiranya bila-bila masa nak pegi memancing, kitaorang akan pegi...

lupa blog ni

Dah lama aku tak menulis apa-apa...hampir lupa aku ada blog, sibuk sikit dengan pekerjaan dan tentu sekali keluarga.

Aku fikir best jugak kalau aku tulis hal diri aku, masa ingatan aku masih ada ni..kenangan tu kalau simpan lama dalam otak nanti neuron tu reput terus lupa.

Tuesday, October 6, 2009

SELEPAS RAYA....

Kepada mereka-mereka yang dah kekurangan modal/dana untuk kehidupan selepas Raya...INGAT...tahun depan buat belanjawan jangan setakat hari raya aje...buatlah sampai dapat gaji/dana/modal baru.

Dan satu lagi...INGAT....jangan kebas duit raya anak-anak..kesian diaorang.

Tuesday, September 15, 2009

BALIK KAMPUNG...

Istilah 'balik kampung' akan jadi popular bersama-sama lagu raya bila dah dekat nak raya ni..
Semua nampak happy je..nak sambut raya..dalam hati macam-macam perasaan bergelora...persiapan sebelum raya memang 'tip top', bersinar-sinar tapi persiapan selepas raya satu habuk takde...

Sesiapa yang akan balik kampung raya ni, berhati-hatilah semasa memandu, tangan pegang stereng, kaki tekan pedal minyak..mata tengok kiri kanan belakang, tiba-tiba kereta dah langgar pokok...haa macamana?? Kenderaan check/repair mana-mana yang patut, duit minyak pergi balik dah sedia, yang penting sekali buang perangai dan sifat yang macam haram jadah semasa memandu ke laut....

Pemandu-pemandu Malaysia adalah antara yang terbangang atas jalan raya, kereta jenis kelas no 1, tapi manusia yang pandu kereta tu tahap-tahap cikai pencacai angkat najis je minda..
Aku pun kadang-kadang masuk jugak carta pemandu jenis ni..tak boleh tahan woo...


Aku dah dua hari fikir nak pakai kereta mana balik kampung nanti...

NEGARAKU MALAYSIA

NEGARAKU MALAYSIA
Jalur Gemilang